Trip Danau Toba 3H2M – Medan Tour Package Terlaris!

Overview

Trip Danau Toba 3H2M – Medan Tour Package Terlaris! – Nikmati pengalaman percutian terbaik ke Danau Toba dengan pakej percutian medan. Pakej ini membawa anda meneroka keindahan alam semula jadi Danau Toba dan Pulau Samosir, menikmati udara sejuk di Berastagi, serta menjelajahi tarikan budaya dan sejarah di Kota Medan. Sepanjang perjalanan, anda akan menikmati hidangan tempatan yang lazat serta berpeluang membeli oleh-oleh khas Sumatera Utara. Jom Tempah sekarang pakej percutian medan bersama Medan Indonesia Travel.

Tour Highlights

  • Menikmati pemandangan menakjubkan Danau Toba dari Parapat dan Pulau Samosir
  • Lawatan ke destinasi budaya Batak seperti Makam Raja Sidabutar dan tarian Sigale-gale
  • Menjelajahi Berastagi dengan kunjungan ke Air Terjun Sipiso-piso, Pasar Buah, dan Pagoda Swedaghon
  • Meneroka warisan sejarah Medan termasuk Istana Maimun, Masjid Raya, dan Rumah Noerlen
  • Menikmati durian Medan yang terkenal dan membeli oleh-oleh khas seperti Bolu Meranti dan bika ambon

Included/Excluded

  • Hotel sesuai pilihan, sebilik untuk berdua atau bertiga
  • Transport Full AC (Private)
  • Meals (3x makan siang, 2x malam, dan makan pagi dihotel
  • Driver as Guide
  • Entrence fee
  • Publik boat ke Pulau Samosir
  • Mineral water
  • Ticket Kapal Terbang
  • Cukai
  • Personal expenses
  • Optional tour
  • Tipping untuk pemandu

Tour Plan

Day 1

Selamat datang di Medan! Setibanya di Bandara Antarabangsa Kualanamu, anda akan disambut oleh wakil kami dengan layanan mesra. Perjalanan anda bermula dengan makan tengah hari di restoran tempatan yang menyajikan hidangan khas Sumatera Utara.

Selepas makan tengah hari, perjalanan diteruskan menuju Parapat. Dalam perjalanan, kita akan singgah sebentar di Pematang Siantar, bandar yang terkenal dengan ladang getah dan kelapa sawit. Di sini, anda berpeluang untuk membeli oleh-oleh khas seperti teng-teng dan ting-ting kacang di Toko Paten.

Setibanya di Parapat, anda akan check-in di hotel dan berehat seketika. Pada waktu petang, nikmati makan malam di restoran tempatan yang menyajikan pemandangan indah Danau Toba. Selepas makan malam, anda bebas untuk bersiar-siar di sekitar Parapat dan menikmati suasana tenang di tepi tasik sebelum kembali ke hotel untuk berehat.

Day 2

Selepas sarapan pagi di hotel, kita akan berangkat ke Pelabuhan Ajibata untuk menyeberang ke Pulau Samosir menggunakan bot pelancong. Di Samosir, anda akan melawat Desa Tomok untuk melihat Makam Raja Sidabutar yang bersejarah dan menikmati tarian Sigale-gale (perbelanjaan sendiri). Anda juga berpeluang membeli cenderamata khas Batak di Pasar Tomok.

Setelah puas menjelajahi Tomok, kita akan kembali ke Parapat untuk makan tengah hari di restoran tempatan. Perjalanan seterusnya menuju Berastagi akan melalui Simarjarunjung, tempat terbaik untuk menikmati teh halia dan pisang goreng yang terkenal (perbelanjaan sendiri), sambil menikmati pemandangan Danau Toba dari ketinggian.

Kami akan singgah sebentar di Air Terjun Sipiso-piso, salah satu air terjun tertinggi di Indonesia dengan pemandangan menakjubkan. Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Berastagi, sebuah bandar sejuk di dataran tinggi yang terkenal dengan hasil pertaniannya. Di sini, kita akan mengunjungi Pasar Buah Berastagi, Bukit Gundailing, dan Pagoda Swedaghon Taman Lumbini, sebuah ikon keagamaan dengan seni bina yang indah.

Dari Berastagi, kita akan kembali ke Medan melalui Sembahe. Setibanya di Medan, nikmati makan malam di restoran tempatan. Anda juga berpeluang merasai durian Medan yang terkenal di Kedai Ucok (perbelanjaan sendiri). Selepas itu, anda akan check-in di hotel untuk berehat.

Day 2

Sarapan pagi di hotel dan bersiap untuk meneroka bandar Medan. Lawatan bandar hari ini akan membawa anda ke beberapa destinasi menarik seperti Graha Annai Velangkanni, sebuah gereja unik dengan seni bina India, Vihara Gunung Timur, kuil Buddha terbesar di Medan, dan Sri Mariamman Temple yang bersejarah.

Kami juga akan membawa anda ke Masjid Raya Medan yang megah dan Istana Maimun, istana bersejarah Kesultanan Deli yang penuh dengan seni bina klasik Melayu dan Eropah. Anda boleh mengambil gambar dan menikmati keindahan bangunan ini yang kaya dengan sejarah.

Seterusnya, kita akan mengunjungi Rumah Noerlen untuk melihat secara langsung proses pembuatan sirap markisa asli Medan. Selepas itu, nikmati makan tengah hari di restoran tempatan yang menyajikan hidangan autentik Medan.

Sebelum ke lapangan terbang, anda diberi masa untuk membeli oleh-oleh khas Medan seperti Bolu Meranti, sirap markisa Noerlen, pancake durian, dan bika ambon. Setelah selesai, perjalanan diteruskan ke Bandara Antarabangsa Kualanamu untuk penerbangan pulang.

Terima kasih kerana memilih Trip Danau Toba 3H2M – Medan Tour Package Terlaris! Kami berharap perjalanan ini memberikan kenangan yang indah dan tidak dapat dilupakan. Jumpa lagi di percutian seterusnya!

× Chat